Thursday, March 25, 2010

TEORI PSIKONALISIS

1.0 PENGENALAN

Dalam teori psikonalisis, terdapat dua bahagian teori lain iaitu teori psikoseksual oleh Sigmund Freud dan teori psikososial oleh Erik Erikson. Dalam teori psikoseksual Sigmund Freud terdapat lima tahap perkembangan iaitu peringkat oral (0-1 tahun), peringkat anal (1-3 tahun), peringkat falik (3-6 tahun), peringkat latensi (6-11 tahun) dan peringkat genital (12 tahun keatas). Manakala dalam teori psikososial Erik Erikson pula terbahagi kepada lapan tahap iaitu asa kepercayaan vs ketidakpercayaan, autonomi vs keraguan, inisiatif vs rasa bersalah, industri vs rasa rendah diri, identiti vs kekeliruan identity, keintiman vs keasingan, generativiti vs kekakuan dan integriti vs kekecewaan.

2.0 TEORI PSIKOANALISIS – TEORI PSIKOSEKSUAL SIGMUND FREUD DAN TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON

2.1 Ahli psikologi yang terlibat

Bagi teori psikoseksual ahli psikologi yang terlibat ialah Sigmund Freud. Dia dilahirkan pada 6 Mei 1856 di Austria. Sigmund Freud adalah golongan atheist iaitu tidak mempunyai pegangan agama. Beliau juga merupakan seorang murid yang genius dan dapat menguasai 8 bahasa. Freud juga pengamal perubatan dan turut membuka klinik penyakit saraf. Manakala teori psikososial pula ialah Erik Erikson. Beliau dilahirkan pada tahun 1902 di Jerman. Beliau diberi gelaran The Joy iaitu anti kepada yahudi. Erikson juga amat mengenali Sigmund Freud dimana mereka pernah bekerja bersama dalam membuat kajian terhadap kanak-kanak. Pada tahun 1955 beliau ditawarkan sebagai fellow di Jabatan Psikologi Perkembangan di Universiti Harvard dan pada 1994 beliau mendapat pengiktirafan sebagai professor daripada universiti itu.



2.1 Asas konsep teori – teori Sigmund Freud dan Erik Erikson

Teori-teori perkembangan psikoseksual Freud terbahagi kepada lima. Tahap pertama ialah oral iaitu bayi yang baru lahir sehingga berumur 1 tahun. Pada peringkat ini juga ia dapat kepuasan daripada aktiviti sekitar mulut iaitu menghisap, menelan, mengigit dan mengunyah makanan. Jika pada tahap ini kanak-kanak tidak merasa puas, mereka dianggap gagal dan akan mempengaruhi personaliti. Tahap yang seterusnya ialah anal iaitu kanak-kanak yang berumur 1hingga 3 tahun. Pada peringkat ini mereka tertumpu kepada proses pembuangan air besar dan air kecil, ia berlaku di sekitar dubur. Personaliti kanak-kanak dipengaruhi oleh cara ibu bapa melatih mereka. Jika berlakunya paksaan, personaliti kanak-kanak akan menjadi kelam-kabut,tidak berdisiplin serta suka membazir dan ini berlakunya kegagalan. Pada tahap yang ketiga ialah tahap falik iaitu kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mula sedar perbezaan jantina daripada orang lain dan mereka juga tahu membezakan peranan lelaki dan perempuan. Pada tahap ini juga mereka akan suka bermain dengan alat jantina. Jika salah dibimbing, kanak-kanak ini akan mengalami kegagalan seperti takut alat kemaluan dipotong untuk kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan iri hati pada alat jantina budak lelaki. Kanak-kanak lelaki suka menarik perhatian ibu mereka dengan mengikut cara ayah manakala kanak-kanak perempuan akan mengikut cara ibu mereka untuk menarik perhatian ayah. Tahap yang seterusnya ialah tahap latensi iaitu untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Pada tahap ini tahap oral, anal dan falik diintegrasikan. Untuk kanak-kanak lelaki mereka akan beralih punca keseronokan dengan bermain bersama rakan sebaya manakala kanak-kanak perempuan bermain masak-masak, anak patung, kahwin-kahwin. Kanak-kanak lelaki akan cuba menjadi maskulin manakala kanak-kanak perempuan akan menjadi feminim. Akhir sekali ialah genital iaitu individu yang berumur 12 tahun ke atas. Zaman ini individu akan melalui tekanan keterlaluan dan stress. Pada tahap ini, akan lahirnya isu seksual iaitu tertarik dengan berlainan jantina. Mereka yang berjaya mengatasi masalah ini akan menjalani kehidupan normal, mampu bekerja dengan produktif. Remaja juga akan sedia untuk jadi orang dewasa yang berfungsi dan menjalankan tangunggjawab dengan sempurna. Teori Psikososial Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip utama iaitu setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama, perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya, perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya dan kegagalan mengatasi konflik pada satu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Perkembangan psikososial Erikson terbahagi kepada lapan. Peringkat pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan iaitu dari lahir hingga 1 tahun. Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya hal ini gagal, ketidakpercayaan akan timbul dalam diri kanak-kanak. Yang kedua ialah peringkat autonomi lawan keraguan iaitu dari umur 1 tahun hingga 3 tahun. Pada peringkat ini perkembangan kanak-kanak tertumpu pada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri sendiri. Pada peringkat ketiga inisiatif lawan rasa bersalah iaitu pada tahap umur 4 hingga 5 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah. Seterusnya peringkat industri lawan rasa rendah diri iaitu pada tahap umur 6 hingga 11 tahun. Kanak-kanak pada tahap ini perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan pada tahap ini akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Identiti lawan kekeliruan identiti ialah peringkat kelima iaitu untuk golongan yang berumur 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini, mereka mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial. Peringkat yang seterusnya ialah keintiman lawan keasingan iaitu mereka diperingkat awal dewasa yang berumur 18 hingga 35 tahun. Mula membentuk keintiman dalam perhubungan, menuju kearah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan pada tahap ini akan membawa perasaan terasing dan tersisih. Peringkat yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan kekakuan iaitu pertengahan dewasa yang berumur 35 hingga 65 tahun. Pada peringkat ini kehidupan yang bekerluarga dan mempunyai kerjaya yang baik. Kegagalan pada peringkat ini akan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri. Akhir sekali ialah integriti lawan kekecewaan iaitu peringkat lanjut usia yang berumur 65 tahun ke atas. Kejayaan dalam hidup dan bekeluarga. Kegagalan pada tahap ini akan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

3.0 KEKUATAN DAN KRITIKAN PADA TEORI-TEORI INI

Walaupun Sigmund Freud merupakan antara ahli psikologi yang terawal, nmaun kajian beliau turut mendapat kritikan daripada ahli-ahli psikologi yang lain. Satu kritikan asas adalah Freud selalu mengumpul data kajian dengan menggunakan kaedah kajian kes. Dimana pengkaji-pangkaji yang lain tidak setuju dengan kaedah ini. Hal ini kerana pemerhatian daripada kajian ini tidak mempunyai objektif dan keputusan tidak boleh digenerasikan. Selain itu, pengkaji-pengkaji mendapati rata-rata konsep Freud seperti id,ego,super ego,naluri mati,libido dan kerisauan,tidak dapat dibuktikan dengan kaedah eksperimen. Manakala beberapa konsep lain dapat dibuktikan dengan kaedah eksperimen iaitu personality tahap oral dan tahap anal serta konsep segitiga oedipal, malah keputusannya menyokong penyataan Freud. Carl Jung yang sepatutnya menjadi pewaris teori Freud, telah mempelopori teori sendiri selepas memutuskan 6 tahun persahabatan dengan Freud. Jung melihat dengan lebih mendalam lagi terhadap pandangan personaliti. Beliau mengkritik Freud dengan menekankan hanya perkara yang lepas dapat membentuk personality seseorang. Jung mempercayai bahawa kita berkembang dan mendewasa tidak kira umur, dimana Freud pula menyatakan bahawa personality hanya dibentuk sehingga umur 5 tahun. Freud juga melihat manusia sebagai banduan kepada pengalaman yang lepas, tetapi Jung menambah bahawa manusia tidak dapat dipengaruhi oleh pengalaman lepasnya tetapi juga aspirasinya untuk masa depan. Seorang lagi ahli psikologi, Erich Fromm bersetuju dengan Freud bahawa 5 tahun yang dahulu dalam kehidupan adalah penting. Namun Fromm tidak percaya bahawa personality akan memjadi lebih kukuh pada umur ketika itu. Beliau manyatakan bahawa perkara-perkara yang berlaku kemudian dalam kehidupan juga mampu mempengaruhi personality seseorang. Seterusnya, Erik Erikson, seorang ahli psikologi yang dilatih oleh anak Sigmund Freud, Anna Freud menyokong teori Freud dengan menambah lagi kepada kajian beliau. Pertama sekali, Freud menekankan zaman kanak-kanak seseorang dan personality dibentuk pada umur 5 tahun. Tetapi, Erikson melihatkan pembentukan personaliti sepanjang hayat seseorang. Kedua, penekanan Freud terhadap ego berbanding dengan ID. Erikson pula berpendapat bahawa ego ialah satu bahagian yang berdikari dan bukan bergantung kepada ID. Ketiga, Erikson mengenali impak budaya dan sejarah terhadap personaliti. Secara keseluruhannya, Sigmund Freud telah menyumbangkan dalam bidang psikologi. Beliau membolehkan kita melihat perkembangan psikologi semasa zaman kanak-kanak. Walaupun mendapat kritikan daripada ahli psikologi lain, akan tetapi pencarian Freud telah menyediakan satu asas untuk dikaji dengan lebih mendalam.

4.0 RUMUSAN

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan lima prinsip utama iaitu setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya dan ianya juga mengikut tahap-tahap yang tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Bagi teori Freud pula, kajian beliau membolehkannya membahagikan perkembangan emosi setiap individu kepada lima peringkat mengikut peringkat pertambahan umur yang selaras dengan perkembangan fizikalnya.



1 comment:

  1. Assalammualaikum dan salam sejahtera
    Tahniah anda semua telah menyiapkan tugasan ini sebaik yang mungkin. cuma perbincangan terperinci serta tahap-tahap perkembangan bagi setiap ahli psikologi ini sepatutnya dibuat. kemudian baru dibincangkan perbandingan dan kritikan untuk kedua-dua teori
    selamat maju jaya

    ReplyDelete